- Rumah Pena, 29 September 2012.
"Usaikan semua sendu, usaikan semua itu... Karna waktu tak menunggumu..." Friska, Bali.
"Usaikan semua sendu, usaikan semua itu... Karna waktu tak menunggumu..." Friska, Bali.
Ramai-ramai berbantai, isi perut, jenguk-jenguk buku jualan. Aloy Paradoks ada depan meja promote filemnya. 2 rakan seperjuangan tolong promote skali. KONTRADIKSI, menarik. Dah pun beli dan tengok. Seni & mesej bercampur kasar & halus.
Org ramai sibuk berborak, gelak ketawa mungkin lama xjumpa. Banyak muka2 berpengalaman. Dah lama x jenguk sisi sastera diri aku sendiri. Last ke Istana Budaya pun tengok Nora. Malam tu aku excited, teringat zaman menari kebudayaan, zaman tunas budaya, darah seni tiba2 naik. I'm sure ramai tetamu lain pun rasa. Apatah lagi kumpulan ahli seni yg berkumpul ni.
Aku minta permission jenguk ke dalam rumah agam, teringin tengok 'behind the scene'. Persiapan sederhana tp terasa mesra. Satu kain putih dilukis jadi backdrop acara Maskara, tukang anjur ke sana ke sini cuba selesai apa belum selesai. Semuanya nampak teratur dan santai. Penyajak dari Bali dah sampai, sound check dengan guitarist. Kat luar makin ramai. Macam kenduri yang happening. Ada dengar gurauan antara pengkarya, tapi xfaham. Inside jokes, "untuk kita2 aja" = ) .
Emcee berbaju putih kasual. Beri mesej santai. Umumkan semua sila masuk, duduk mana2 yang boleh duduk. Aku cepat2 cari plugpoint. Lumrah pemilik iPhone sedunia.
Tetamu jauh dulu, Friska mulakan acara. Puisi dia tenang, taking her own sweet time, penonton semua tengah fresh lagi. Semua dengar khusyuk. Ada yg record, ada yg tulis nota di buku, di smartphone. Friska banyak pengalaman, bak kata emcee sampai ke France. No wonder she steals the whole thunder. Cantik, pakai skirt, lagi la sedap mata memandang kan. ; ) . Sampai ke hujung puisi dia, ada yg dah hilang tumpu.
Aloy Paradoks pula masuk curi tumpuan dengan lawak casual tp menyindir. Berjaya dia 'break the ice' dgn semua. Ada je bahan usikan dia. Semua ketawa, dari formal Friska tadi jadi santai kembali. "Terbuai", "Rindu Yang Sakit". Puisi dia berani & sekejap2 buat lawak dia. Sempat juga selit puisi "Angin" berbunyi --> shhhhhhhhhh*bunyi angin*... memang seronok tapi mungkin kadang2 meleret. Hati seni, memang subjektif.
Sampai ke Sharifah Munira, pelajar Aswara, puisi jadi berat. Sarat dengan maksud2 tajam & dalam. Berpakaian formal shiffon warna terang, macam nak ke Istana Budaya. Imej terjaga, Alhamdulillah.
"Puisi Hati Seorang Wanita", "Tanah Emas", kandungan puisi typical pengkarya selalu cari. Tapi sbg wanita, mmg tersentuh dgn puisi dia. Kena tepat & rasa dekat. Audience lain pon khusyuk mendengar, walaupun berat tapi bersemangat. Masuk pula rakan se-Aswara, Sara Sam. Kali ini relaks, puisi tentang Facebook, BFF dan frienemy. Harap2 ada yang sentap. Bagus, buat kita tak lupa. Puisi solo Sara lebih intimate, "Joget kita pada bisikan kalbu
Seandainya alam telah setuju". Nice!
Masuk ajamiha. Feat Riz. Dibaca cerpen dari buku nya, aku dan lain2 dah mula sengal2 badan, tukar posisi duduk. Bukan salah sesiapa, fitrah alam. Tapi makin ramai bertumpu. Sampai jengah2 dari tingkap. Bila aku kembali fokus, tau2 aku da bergenang air mata. Kenapa? Sila beli buku CerpenTwitter by Ajamiha. Mungkin terbayang kalau monolog2 yang dia baca tu, terbit dari diri sendiri. Tambah pula iringan guitar sayu. Cover2. Malu kalau aku sorang menangis. Tengok org lain steady je. Ada jugak yang mata da tembus dinding. "pada akhirnya semua yg perlu dikatakan dah dikatakan. Yang diingati hanya Hello dan Goodbye" agreed. Tiba2 dia tukar mood misteri. Nasib baik. Kalau dia teruskan conform air mata jatuh punya. Lantaran, beli sahaja buku dia. RM15, sewaktu intermission. Last copy! Nasib baik. Riz pula nyanyi lagu ciptaan dia yg baru siap dalam kereta tadi. "Twitter". Suara sedap, good looking, pandai main guitar pulak, maka jadila dia Mr.Twitter aku dan kawan2. = ) ~
Overall acara Maskara berjalan lancar, santai tapi penuh simbolik seni. Intipati dan material persembahan menepati audience. Bahasa & lenggok bicara sesuai dengan penerima. Yang berat juga masih dalam lingkungan relevant, dan yang casual semestinya kenal benar bakal penonton. Suasana meriah & mesra, makanan pun sedap, air sirap merah dari jauh dah diidamkan. Aku pulang dengan 1 movie, 1 buku & beribu rasa. Malam itu malam yang baik. Tak sia2 malam minggu aku sekali sekala 'jumpa' hati seni diri sendiri.
Kepada pengkarya, TERUSKAN.
By : Diyana Mohd Amin
SX120590HAFL00






No comments:
Post a Comment